PERBAIKILAH BACAAN SURAH AL-FATIHAH ANDA

Ahad, 16 September 2012

KENAPA AKU DIUJI


Firman Allah SWT bermaksud:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216. 
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286. 
RASA FRUST?
“Janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sebab kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.” Surah Al-Imran ayat 139. 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan ).” 
Surah Al-Imran ayat 200.

“Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” Surah Al-Baqarah ayat 45.

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” 
Surah At-Taubah ayat 111.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” Surah At-Taubah ayat 129.

AKU TAK DAPAT TAHAN!!
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.”
Surah Yusuf ayat 12. 
SABAR itu IMAN, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman. Silence is golden when you don’t have a good answer.AKAL senipis rambut dengan ILMU.
HATI serapuh kaca dengan IMAN.
NALURI selembut sutera hiasi dengan TAQWA


DOA ELAK DI-KHIANATI DAN DI-ANIAYAI.


Salam Pembaca Yang Budiman,

Jadikan doa ini sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini sekali. Ia dapat menghindarkan diri kita dari dikhianati atau dianiayai oleh orang-orang yang terdekat dengan kita ataupun kawan-kawan yang belum tentu kita tahu nawaitunya. 

Doa ini boleh juga menghindarkan sihir yang dihantar atau tuju kepada kita. InsyaAllah, moga-moga Allah SWT melindungi kita dari perkara-perkara buruk menimpa keatas kita.

DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK LINK


Maksudnya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. 

Wasallam.


RENUNGAN KEPADA UMAT ISLAM MALAYSIA KESELURUHANNYA TENTANG BACAAN SURAH AL-FATIHAH DALAM SOLAT  SUNAT DAN FARDU LIMA WAKTU. INI ADALAH ULASAN DARI USTAZ HAJI MOHD ASRAFF AYOB,,,,FIKIR-FIKIRKANL AH DAN RENUNG-RENUNGKANLAH ADAKAH BACAAN SURAH AL-FATIHAH KITA BETUL,,,,,.INI ADALAH KATA USTAZ HAJI MOHD ASHRAFF  AYOB
Assalamualaikum w.b.h
Muslimin dan Muslimat yang saya hormati serta dimuliakan Allah Azza Wa Jalla,
Saya mengajak kita merenung satu persoalan:
“Seberapa tepat tajwid bacaan Al-fatihah kita terutamanya dalam solat?
Soalan di atas adalah penting untuk kita renungi kerana ia menjadi titik tolak dalam menentukan solat kita setiap hari sempurna atau tidak,,,
Saya merasakan,menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu dengan semua,cara mendapatkan bacaan al-fatihah yang paling sempurna tajwidnya,betul makhrajnya dan tepat fasohahnya.
Fatihah sempurna akan dapat kita kuasai dengan mengenali serta memperbetulkan  30 bentuk kesalahan tajwid dalam bentuk “Lahnun Jaliy”serta “Lahnun Khofiy’ yang sering kita lakukan,sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Kesemua kesalahan ini saya kumpul dan kongsikan berdasarkan pengalaman saya menjadi Imam serta mengadakan kuliah tajwid Al-Quran engan masyarakat,
Selamat  menonton,dan saya berharap,ia membantu  ‘upgrade’kualiti  Al-fatihah anda ke tahap ‘terunggul’ yang dikehendaki kekasih kita:RasulullahS.A.W.
Anda ingin membaca Surah Al-Fatihah dengan tepat dan sempurna sila klik link saya di bawah


Jumaat, 14 September 2012

ANTARA PEMBOHONGAN TERBESAR DALAM SEJARAH


1. Penipuan skim cepat kaya (ponzi)

Bernard Madoff adalah pengusaha dan bekas ketua dari bursa saham NASDAQ. Ia mulai membangun firma Wall Street, Bernard L. Madoff Investment Securities LLC dan merupakan pengarahnya sampai 11 Desember 2008, ketika ia ditahan dan didakwa dalam penipuan sekuriti melalui skim ponzi, yang kerugian sebesar 50 million dolar.
Nama Ponzi diambil dari seorang penipu bernama Charles Ponzi yang terkenal dengan penipuannya kerana menawarkan pelaburan berupa transaksi spekulasi pelabura AS terhadap pelabur asing di era 1919-1920. Pada pertengahan Ogos 1920, audit oleh pemerintah terhadap usaha Ponzi menemukan bahwa Ponzi sudah bangkrap. Total aset yang dimilikinya sekitar US$ 1,6 juta, jauh di bawah nilai hutangnya kepada pelabur.

2. Skandal Bill Clinton

Reputasi Bill Clinton yang cemerlang akhirnya jatuh juga oleh perempuan. Semua pasti ingat isu hangat  itu yang nyaris membuat Clinton tumbang dari kerusi Presiden. Pada tahun 1995, Monica Lewinsky, lulusan dari Lewis & Clark College, mula membuat skandal dengan Bill Clinton . Hubungan itu terus berlanjutan sampat Lewinsky pindah bekerja di Pentagon. Skandal ini terbongkar teman sekerja di Pentagon, Linda Tripp, yang diam-diam merakam perbualan telefon mereka.
3. Pembohongan Charles Darwin

Charles Darwin merupakan aktor di balik layar dari penipuan ini. Menggunakan teori yg  tentang evolusi , ia berhasil membentuk sekumpulan pengikutnya untuk meneruskan kebohongan teori bahawa manusia berevolusi dari spesies kera. Dr.Alvan T. Marston melakukan analisa kepada fosil manusia piltdown yg diajukan oleh pengikut Darwin untuk diteliti, hasilnya sangat memeranjatkan. Fosil tsb bukan fosil manusia purba, akan tetapi fosil buatan yg ada bahagian yg sudah dimodifikasi dari potongan rahang kera, dsb.
4. Pembohongan kuda kayu Trojan

Pengunjung isuhangat mesti ingat kisah Trojan kan?
Ini antara pembohongan yang paling besar, Yunani membangun sebuah kuda kayu (“Kuda Trojan”) yang sangat besar dengan perut kosong sehingga orang dapat bersembunyi. Yunani meyakinkan bahwa itu merupakan penawaran damai sebagai hadiah untuk musuh. “Kuda Trojan” kemudian diterima dengan senang hati dan dibawa pada kota pertahanan musuh. Pada malam hari, tentara Yunani yang sedang bersembunyi di dalam menyelinap pada rumah-rumah. Kemudian, mereka melakukan menghancurkan Trojan tanpa ragu-ragu.

KHASIAT BANYAK MINUM AIR


Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan