PERBAIKILAH BACAAN SURAH AL-FATIHAH ANDA

Ahad, 16 September 2012

DOA ELAK DI-KHIANATI DAN DI-ANIAYAI.


Salam Pembaca Yang Budiman,

Jadikan doa ini sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini sekali. Ia dapat menghindarkan diri kita dari dikhianati atau dianiayai oleh orang-orang yang terdekat dengan kita ataupun kawan-kawan yang belum tentu kita tahu nawaitunya. 

Doa ini boleh juga menghindarkan sihir yang dihantar atau tuju kepada kita. InsyaAllah, moga-moga Allah SWT melindungi kita dari perkara-perkara buruk menimpa keatas kita.

DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK LINK


Maksudnya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. 

Wasallam.


RENUNGAN KEPADA UMAT ISLAM MALAYSIA KESELURUHANNYA TENTANG BACAAN SURAH AL-FATIHAH DALAM SOLAT  SUNAT DAN FARDU LIMA WAKTU. INI ADALAH ULASAN DARI USTAZ HAJI MOHD ASRAFF AYOB,,,,FIKIR-FIKIRKANL AH DAN RENUNG-RENUNGKANLAH ADAKAH BACAAN SURAH AL-FATIHAH KITA BETUL,,,,,.INI ADALAH KATA USTAZ HAJI MOHD ASHRAFF  AYOB
Assalamualaikum w.b.h
Muslimin dan Muslimat yang saya hormati serta dimuliakan Allah Azza Wa Jalla,
Saya mengajak kita merenung satu persoalan:
“Seberapa tepat tajwid bacaan Al-fatihah kita terutamanya dalam solat?
Soalan di atas adalah penting untuk kita renungi kerana ia menjadi titik tolak dalam menentukan solat kita setiap hari sempurna atau tidak,,,
Saya merasakan,menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu dengan semua,cara mendapatkan bacaan al-fatihah yang paling sempurna tajwidnya,betul makhrajnya dan tepat fasohahnya.
Fatihah sempurna akan dapat kita kuasai dengan mengenali serta memperbetulkan  30 bentuk kesalahan tajwid dalam bentuk “Lahnun Jaliy”serta “Lahnun Khofiy’ yang sering kita lakukan,sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Kesemua kesalahan ini saya kumpul dan kongsikan berdasarkan pengalaman saya menjadi Imam serta mengadakan kuliah tajwid Al-Quran engan masyarakat,
Selamat  menonton,dan saya berharap,ia membantu  ‘upgrade’kualiti  Al-fatihah anda ke tahap ‘terunggul’ yang dikehendaki kekasih kita:RasulullahS.A.W.
Anda ingin membaca Surah Al-Fatihah dengan tepat dan sempurna sila klik link saya di bawah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan